Total Pageviews

Wednesday, August 14, 2019

14HB AUGUST 2019 - LIVE INTERVIEW FB OH SEMPORNAKU 10.00PM , 2 CALON GRADUAN UNIVERSITI dari SABAH.


Setelah melihat laporan conferance 2 Calon Belia dari Sabah sebentar tadi  , kita mendapati Calon 
dari Kelab Belia Perdana dan Orang Muda dari Sabah yang hadir itu adalah 2 Orang Pelajar Universiti dan Graduan yang ingin berkhidmat untuk masa depan Belia Negara ini, Khasnya dari Sabah Malaysia. 

BOS atau Singkatan BELIA ORANG SABAH ini nampaknya benar benar cukup bersedia untuk mewakili Belia dari Sabah sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia dari Sabah. 

Mereka berdua bersedia berhadapan dengan pihak umum secara *LIVE* untuk menyatakan pendirian mereka untuk masa depan.

Aby Al Fahd As seorang Muda dari Team Belia yang wakili orang Muda dari Sabah , adalah seorang yang aktif dalam bidang Kabajikan dimana beliau dipilih oleh NGO Belia dari Sabah iaitu KELAB BELIA PERDANA untuk mewakili Belia di Negeri Sabah dalam Pemilihan APBM Bagi sesi 2019/2021.

Aby Al fahd As adalah ketua Unit Perhubungan KBPS disamping itu seorang Pelajar Universiti yang sedang mengambil Kursus  bidang *INTERNASIONAL RELATIION* di UMS Sabah.

Calon kedua seorang Wanita , Nur Elya Syaqiren Bte Ediris juga berhasrat untuk tawarkan diri mewakili belia untuk APBM panggal 2019/2021, Beliau berharap dapat mewakili suara Beliawanis Negeri Sabah dengan berkesan. 

Nur Elya Syaqiren seorang Graduan Universiti dari UiTM dalam bidang Pentadbiran Awam & Undang Undang juga menjadi pemimpin wanita dari Kelab Belia Perdana yang dipilih untuk mewakili Beliawanis dari Sabah dalam Pemilihan APBM kali ini.

Mereka berdua berharap dapat diberikan peluang itu untuk duduk sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi panggal 2019/2021 akan datang yang bakal mengundi pada 16hb. Ogos 2019 hingga 26hb Ogos 2019 nanti.

Mereka berharap Belia Sabah untuk mengundi mereka berdua di Nombor : 

SBH002 & SBH003.

Belia Masa Depan Negara.


No comments:

Post a Comment